Go to content Go to navigation Go to search

Waktu Imsak + Berbuka Melaka 2010

August 27th, 2010 by

Salam ramadhan to all, walaupun dh nk abis bulan ramadhan, asanye x lambat g untuk aku uploadkan jadual waktu imsak dan berbuka bagi negeri melaka nih..hehehhe ;D

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Tahun 1431H/2010M

Bagi seluruh negeri Melaka

11.8.2010  Imsak[5.42am] , Berbuka[7.24pm]

12.8.2010  Imsak[5.42am] , Berbuka[7.24pm]

13.8.2010  Imsak[5.42am] , Berbuka[7.23pm]

14.8.2010  Imsak[5.42am] , Berbuka[7.23pm]

15.8.2010  Imsak[5.42am] , Berbuka[7.23pm]

16.8.2010  Imsak[5.42am] , Berbuka[7.23pm]

17.8.2010  Imsak[5.42am] , Berbuka[7.22pm]

18.8.2010  Imsak[5.42am] , Berbuka[7.22pm]

19.8.2010  Imsak[5.42am] , Berbuka[7.22pm]

20.8.2010  Imsak[5.42am] , Berbuka[7.22pm]

21.8.2010  Imsak[5.42am] , Berbuka[7.21pm]

22.8.2010  Imsak[5.42am] , Berbuka[7.21pm]

23.8.2010  Imsak[5.41am] , Berbuka[7.21pm]

24.8.2010  Imsak[5.41am] , Berbuka[7.20pm]

25.8.2010  Imsak[5.41am] , Berbuka[7.20pm]

26.8.2010  Imsak[5.41am] , Berbuka[7.20pm]

27.8.2010  Imsak[5.41am] , Berbuka[7.19pm]

28.8.2010  Imsak[5.41am] , Berbuka[7.19pm]

29.8.2010  Imsak[5.41am] , Berbuka[7.19pm]

30.8.2010  Imsak[5.41am] , Berbuka[7.18pm]

31.8.2010  Imsak[5.40am] , Berbuka[7.18pm]

1.9.2010  Imsak[5.40am] , Berbuka[7.17pm]

2.9.2010  Imsak[5.40am] , Berbuka[7.17pm]

3.9.2010  Imsak[5.40am] , Berbuka[7.17pm]

4.9.2010  Imsak[5.40am] , Berbuka[7.16pm]

5.9.2010  Imsak[5.39am] , Berbuka[7.16pm]

6.9.2010  Imsak[5.39am] , Berbuka[7.15pm]

7.9.2010  Imsak[5.39am] , Berbuka[7.15pm]

8.9.2010  Imsak[5.39am] , Berbuka[7.15pm]

9.9.2010  Imsak[5.39am] , Berbuka[7.14pm]

 Harap maklum dan selamat berpose,

Khasiat Buah Kurma

August 23rd, 2010 by

 

 

Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Dalam bahasa Arabnya tamar tergolong dalam keluarga phoenix. Sekumpulan jenis palm seperti kelapa sawit sementara buahnya bertangkai seperti buah pinang. Kurma mengandung khasiat yang tinggi seperti kismis dan aprikot kering. Antaranya kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.

Buah kurma mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : “Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.cRasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :

“Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : “Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu”.

Khasiat kurma “Ajwah” sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 per seratus, serat 2.0 hingga 4.0 per seratus dimana kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula didalamnya telah ditukar secara semula. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.” Dikisahkan sewaktu Mariam melahirkan Nabi Isa a.s. di bawah pohon kurma. Telah datang malaikat Jibrail menyuruh Mariam menggegar pohon kurma lantas dimakannya. Dengan izin Allah, ia memudahkan kelahiran Nabi Isa a.s.

Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Begitu juga dalam rawatan kaedah sufism, menjadikan kurma salah satu penawar penyakit.

Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.

Khasiat buah durian

July 6th, 2010 by

Buah durian (durio zibethinus) sangat terkenal di Asia di mana ia mempunyai kulit yang keras dan berduri serta bau yang kurang menyenangkan bagi sesetengah orang. Isinya lembut dan manis. Hotel-hotel di negara ini juga melarang pengunjung membawa buah durian ke dalam bilik mereka kerana baunya yang kuat. Ia digelar sebagai raja segala buah bukan kerana kulitnya yang keras dan berduri, tetapi kerana khasiat yang dimilikinya. Durian mengandungi phytonutrien dan anti-oksidan yang tinggi. Ia dikatakan dapat menurunkan kadar kolesterol dan membersihkan darah. Ada kajian mendapati durian dapat mengelakkan jangkitan kulat. Ini kerana kandungan zat besi yang tinggi membantu sel darah putih menghasilkan kimia semulajadi membunuh jangkitan.

Durian juga mengandungi asid amino dan vitamin B, C dan E dan ia tinggi kandungan anti-oksidan. Anti-oksidan membantu memperlahankan kemusnahan sel-sel kesan dari radikal bebas seperti pencemaran udara dan asap rokok. Dengan cara ini, ia mengurangkan proses penuaan membuatkan kita awet muda. Ia juga baik dimakan ketika demam.

Tryptophan adalah antara bahan yang didapati di dalam asid amino di dalam durian. Tryptophan adalah keperluan bagi mengawal tahap serotonin dalam tubuh. Serotonin adalah hormon yang memberikan ketenangan dan keceriaan serta penawar insomnia. Mereka yang kurang serotonin selalunya tidak dapat mengawal emosi, sering marah dan menghadapi tekanan perasaan.

Tidak seperti kebanyakan buah-buahan yang lain yang dijolok atau dengan memanjat pokok untuk mendapatkan buahnya, durian diambil setelah buahnya jatuh secara otomatik dari pokoknya, menandakan buah itu sudah cukup masak. Biasanya pemilik dusun durian akan menebas semak-samun di sekitar kawasan pokok durian untuk memudahkan mereka mencari buah-buah yang sudah jatuh. Ada yang membina pondok atau pangkin khas untuk tempat mereka duduk menunggu durian jatuh. Tetapi perlu berhati-hati ketika mencari durian di musim buahnya gugur kerana jika jatuh di atas kepala, ia membawa kecederaan yang serius.

Durian sedap dan berkhasiat dimakan sebaik buahnya gugur sehingga 4 hari. Kualitinya semakin berkurang selepas seminggu ia dipungut. Durian juga sesuai dimasak kuah dengan gula melaka dan daun pandan. Ia juga dijadikan tempoyak sebagai pes.

Nilai Nutrisi setiap 100 g durian

* Vitamin A: 20-30 I.U.
* Asid Askorbik: 23.9-25.0 mg
* Vitamin E: “tinggi”
* Kalsium: 7.6-9.0 mg
* Fosforus: 37.8-44.0 mg
* Potasium: 436 mg
* Thiamina: 0.24-0.352 mg
* Riboflavin: 0.20 mg
* Niacin0.6: 83-0.70 mg
* Zat besi: 0.73-1.0 mg
* Gula (purata) 12.0 g
* Protin: 2.5-2.8 g
* Lemak: 5.33g
* Serat: 3.8 g
* Jumlah Karbohidrat: 30.4-34.1 g
* Kalori: 144

Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2009/12/khasiat-buah-durian.html#ixzz0srP63D5v

Read the rest of this entry »

Adik aku kawen… (part 2)

July 2nd, 2010 by

Salam and hi semua…lama x update blog nih. banyak cerita nk diupdate, tp baik if aku mulakan dengan cerita persandingan adik aku baru2 nih di rumah mak adn ayah aku kat Banting.

Bertemakan merah and sedikit gold….agak meriah majlis bagi kita org sedara mara coz….banyak bende yang buat sendiri… masak2 sendiri..buat pelamin sendiri(aku pun buatkan jugak) , gubah hantaran sdri (aku gubahkan 1 dulang…coklat2…and gula2..) the terima kasih jugak kat jiran2 and kawan2 mak aku yg rajin and banyak membantu menjayakan majlis…juga pada sedara2 yang banyak sponser2 gula, beras, telur, ect’

tetamu dh mula datang sehari sebelum majlis(malam…standart aa org banting…heheheh) and untuk majlis sebelah pagi (sabtu) menu yg disediakan adalah ayam black paper, daging masak jelawat, acar buah kot, bubur kacang, buah2 and kuih2…air sirap juga ada… heheheh…

angaran dalam 1000+ tetamu hadir….sampai ke malam…thanks to all yang memeriahkan majlis. ;D

*x dapat nk cite banyak2…nk kluar dh…heheheh g masjid, solat jumaat

Adik aku dah kawen…good2!!!

June 15th, 2010 by

Salam all,

aritu baru negok si naim & mazeq kawen..then minggu 1st bulan nih adik aku kawen sudah dgn pasangannye…majlis nikah dibuat hari jumaat…and sanding belah perempuan dibuat hari ahadnye..hari sabtu mlm majlis berinai if x silap..heheheh

 

Minggu depan…19.6.2010 majlis di rumah mak aku pulak..belah pengantin lelaki la…so, kengkawan yg nk tolong memeriahkan majlis..silakan datang bawak perot kosong k,, hehehe..

33 jalan jelawat 1, tmn sri putra, 42700, banting, selanmgor

ni alamat..map..korang google la sdri ek..hehehe

Tentera Israel serang konvoi, 2 terbunuh, rami cedera.

May 31st, 2010 by

Tentera israel telah menyerang kapal bantuan kemanusiaan dalam usaha menghalang bantuan disalur kepada penduduk Gaza.

komando2 israel yang turun dari halikopter keatas kapal Mavi Marmar yang merupakan kapal utama Flotilla yang membawa bekalan kemanusiaan seperti ubatan untuk penduduk Palestin di Gaza.

Wartawan Al Jazeera, Jamal Elshayyal yang berada di atas kapal tersebut telah mengirimkan laporan video ini sebelum ianya dipotong…

Lone Ranger Travel To Perak

May 20th, 2010 by

Hehehehe…takat drive memalam..dari melaka ke perak…sesorang ddk dalam kete..tekan2 minyak..pusing2 stering..apa la sangat…heheheh (gantuk jugak ooo….)

segalanya bermula bila aku last2 minit tergerak ati nk gerakkan kete g Perak, menghadiri majlis perkahwian Mazeq and Naim. Lagipun, konon2 nye nk singah kampung halaman mak aku la kat Sg Siput (tp x s ingah, x bape tau jalan) hehehhe…

Betolak dari melaka malam.,…dalam kul bape ek, 4.00 pagi kot…samapi Kl dalam kul 5 pagi lebih ciket…solat kat hentian mana tah, x ingat …gantuk..

Then sambung jalan…jalan g..samapi tapah berhenti melawat bilik air kat citu..then sambung jalan g..last2 sampi Perak. Nasib baik aku ade print out map dari googleMAP…so, walaupun x tau jalan, x la cuak sangat..sesat2 pun, dalam Perak je…x sampai Thailandnye…heheheh

Memule try call Rosey, sebap dia kt pergi..sekali dia x pergi..cheh..mcm K”

pastu call muaz…dai kat Giant beli adiah…aku Giant tu mana le tau sgt area mana, tp..rasa2 dekat je dgn umah mazeq..so..jalan je…try call yg lian2..line maxis kat Perak buat hal pulak aritu..payah nk dapat. Elok je lepas beberapa trafik light simpang Pulai tu, si dura pulak call…dia kat perak dh upenye…dia dgn mak dia g melawat abg dai yg ddk dekat perak.

aku ingat, dura tau jalan..time dia ajak gerak sekali, aku on jek..sekali dgn dia2 pun x tau jalan da…cheh, hampeh jek..x pe la..readh2..x jauh dh pun..samapi …heheheheh…tp sebelum tu tersalah umah….g umah majlis pertunangan sapa tah area umah mazeq gak.. (“,)

then kat umah mazeq…terus ddk2…makan2..tungu si naim…ee..nk kawen pun sampai lambat si naim nih..hahahahah…then baru geng2 muaz, anas, shah, sapri sampai….. geng2 kecik, zarina dgn kema dh lama ade..tolong semak2 majlis ktnye..heheheh ;D

then, petag2 ciket,, aku gerak la balik…penat oow…singah umah sedara dulu..pas mghrib kot baru gerak ke banting…

tu je citenye…pe pun.selamat pengantin baru to azril naim and mazeq! ;D

10 Jenis Makanan Anti Kolestrol

May 6th, 2010 by

10 Jenis Makanan Anti Kolestrol



Susu Alphalipid memang terbukti dapat menurunkan paras kolestrol dalam darah seseorang. Selain dari susu Alphalipid, terdapat makanan lain yang juga bersumberkan semulajadi mempunyai kelebihan yang sama. Berikut adalah 10 jenis makanan yang mempunyai ciri-ciri tersebut :



1. SOYA Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian. Ia juga dpt menghindarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)



2. KUACI Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.



3. BUAH KERING Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima.



4. EPAL Memakan sebiji epal hijau@ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dan kemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dlm badan.



5. IKAN TUNA termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.



6. KACANG TANAH Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.



7. MANGGA Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.



8. KISMIS Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.



9. OAT Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.



10. JAMBU BATU Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.



[sumber info dari nogold.com]

Dragon Fruit vs Bird Nest

May 5th, 2010 by

well, selain air bali suam….and air tebu…apa lagi air yang boleh sejukkan badan di cuaca panas nih? em..x sure sangat la..tp baru2 nih sesaje je jalan2 kat 7e..ushar2 air..teringin nk minum air dragon frut and sarang burung..dulu2 dh minum..saje je nk lagi (area melaka ade 1 kedai jual jus dragon frut..sangat sedap..next time aku cite..)

So, inilah air2 yang dimaksudkan..dalam tin..areg dalam RM1.80 kot….x ingat..tp kat 7e ade je..p la rasa..dari segi rasa..em..aku suke dragon fruite nih..hehehhe…dari segi khasiat…em..lum buat kajian sangat…tunggu le pakar2 pemakanan buat kajian, annti aku publish kan kat cini..hehehhe

tapi dari segi kandungan nutrisinye.. (chewahh..mcm doktor pulak)  adalah seperti berikut la…

secara kasarnye..aku negokkan…emmm…….lemak semua sama jek.. 0% …maklumlah..air buah..tp kandungan kalori mcm lain jek..aa…pandai2 korang le bandigkan..hehehe, ok tu jek..bye!

Berendam and Santai di Air Panas Jasin

May 2nd, 2010 by

fuhhhhhhhh….lega..terasa ringan je badan …aku rasa..ayam2 yang jadi sup ayam pun rasa mcm nih kot masa direndam dalam periuk…hahahah..ok, just nak cerita, planing kita org untuk mandi mande and berendam2 rehat2 di Air Panas jasin telahpun tercapai…  ;D

Segalanya terjadi dengan pantas..malam tadi… (semacam jek ayat aku nih..). Ok, kita org gerak dalam kul 7.50 mlm, dari umah aku kat Ayer Keroh..antara yang berjaya menjayakan majlis adalah aku, Jz and daus…pergi menaiki kereta waja Jz. jalan senang jek…x susah nak cari tempat tu…just agak gelap…(saving elektrik lampu jalan kot…)

Sampai jek..terus la kita org bayar tiket..RM6 je sekali masuk..leh rendam2 sampi kul 2pagi kata owner tempat tu..dia siap ajar cara and teknik yang betul untuk mandi air panas kat citu..katanya…

1. mula2 ke kolam 1st untuk basahkan badan dan kepala dengan air panas..gayung ade disediakan… (agak terseksa gak kot…hehehe…)  kita org ikut je..tp buat ciket..heheh mengelat,

2. keduanye…ke kolam rendaman kaki…aa..yang tu best..dh mcm perjumpaan geng2 Yakuza jek..lepak2 rendam kaki…sembang2 hal dunia dan akhirat.. (pergh…) dalam 30 minit.

3. then..boleh ke kolam depan….rendam badan…ade 3…satu sangat panas..1 sedang2 suam..1 g standar kanak2…hehehe..kita org mula2 x tau…so, selamber je menceburkan diri di kolam yang panas…hanya daus je sangup masuk..aku dengan jz just rendam ujung jari kaki jek…ekekek..(panas dow…) then bila tau ade suhu beza2..baru kita org betiga masuk dalam kolam yang sedang.. fuhhhh…lega..

4. then ade kolam besau ciket…leh rendam  jugak..suhu suam2…sedap jek…

kita org kira ok la…datang awal..orang x ramai….tp makin lama..makin ramai yang datang..dari yang kecik2..sampai le pak2 aji yang dh bengkok2 pun datang  dgn anak2 dia org…bagus tempat nih..utk rehat2….hehehe…tp x boleh terus menerus rendam..kang ade pulak yang pengsan…so, kita org stop jap..g makan paw kachang adn kaya yang ade dijual…aa…ade kedai, surau, toilet , loker barang dalam nih…so..kira lengkap gak la…then pas makan..kita org g rehat2 kat kawasan kolam x panas (kolam standart)…duduk bawah air pancut..sedap gak la..mcm ddk bawah air terjun ….heheheh

then sambung g rendam2…sambil sembang2….delam kul 10 kot gerak balik..x sure..lupe…yang pasti…dh lapao..so..kita org singah makan kat medan selera bemban kot…makan asam pedas ikan pari…and air teh halia….daus air limau, jz air teh ais…siap tapaw beger g….hehehe..then gerak balik… ;D

oh ye..rambar kita org sedang rendam2..mmg x de ambik..sebap masing2 malas nk ambik gambar…nk kosentrate menikmati suasana relex rendaman tu jek..heheheh

ok la..sonok gak…tempat pun ok…tp x la semoden mcm kat air panas gadek rasanye…yang pasti..panas air nih..hehehe..so, sila2 la peri try yek.. ;D

« Previous Entries